Metod pendidikan Rasulullah SAW seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam a-Quran. Ini dapat dilihat daripada pesanan Rasulullah SAW kepada menantunya Saidina Ali seperti berikut:
1. Mengajar kalimah لااله الا الله
Pendidik perlu mengajar secara berulang kali kepada anak ucapan kalimah taiyyabah iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah. Kalimah ini adalah asas kepada akidah Islam. Al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW berkata," Bukakan telinga dan hati anak-anak kamu dengan ucapan yang ulung kali iaitu لااله الا الله
2. Memperkenalkan kepada kanak-kanak hukum halal dan haram
Ibn Jarir dan Ibn Munzir meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah berkata,"Berusahalah mentaati Allah dan menjauhi semua maksiat ke atas Allah, dan suruhlah anak-anak kamu supaya menurut suruhan dan menjauhi larangan. Maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada api neraka."
3. Menggalakkan anak bersembahyang
Mereka hendaklah melakukan ibadah solat sejak berumur 7 tahun. Pelaksanaan ibadah solat menyokong pembentukan akidah yang mantap.
4. Mendidik mencintai Rasulullah
5. Mendidik mencintai Rasulullah SAW
No comments:
Post a Comment