Thursday 22 September 2011

Bahan kuliah PPG 24.9.2011


Sila fahami dan cari contoh-contoh tajuk yang sesuai untuk dikaitkan dengan prinsip-prinsip berikut.

HURAIAN PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN
1.Dari mudah kepada susah. MS                                                                                               Ianya bermaksud mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke arah pencapaian objektif.
2.Dari maujud kepada mujarrad. MM
Ianya bermaksud menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.
           
3.Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul. MM
Ianya membawa maksud memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu yang baru.Hal ini bermaksud guru memberikan sesuatu ilmu yang belum pernah dipelajari oleh murid-murid.Perkara ini akan menarik minat dan perhatian mereka untuk lebih bersungguh-sungguh di dalam pelajaran.
4.Dari dekat kepada jauh. DJ
Ianya bermaksud guru perlu memberi contoh-contoh yang hampir dengan kehidupan murid terlebih dahulu untuk menjelaskan perkara yang agak jauh dan asing.Prinsip ini bertujuan untuk membuka minda pelajar supaya lebih banyak berfikir tentang pelajaran.
5.Dari spesifik kepada umum. SU
Prinsip ini bermaksud guru memberikan contoh-contoh yang khusus tentang pengajaran dan meminta murid membuat generalisasi. Prinsip ini juga memberi gambaran kepada murid-murid bahawa adanya perkara-perkara yang lebih penting di dalam kehidupan kita untuk difikirkan.


Monday 5 September 2011

Persediaan Tutorial PPG PIM 3102 pada 24.9.2011

Salam idilfitri buat pelajar-pelajar PPG Pengajian Islam unit 1 dan unit 2.

Apa khabar dan bagaimana perkembangan tugasan projek PIM 3102. Harap dapat disempurnakan  dan serah kepada saya pada 24 September 2011( Tutorial ke 4 ). Penghantaran yang lewat dari tarikh berkenaan akan menjejaskan markah anda.

Untuk sesi tutorial ke 4 nanti ( 24.9.2011) sila dapatkan bahan berkaitan dengan Prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam.
Rujuk juga buku Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam, Ahmad Bin Mohd Salleh Ms 103. 
Semoga berjumpa pada 24.9.2011 dan datang ke sesi tutorial dengan bermaklumat

PISMP PA ( projek pim 3104 )

Buat anak-anak PISMP PA,
Selamat Hari Raya dan menjalani PBS.Jangan lupa cari bahan untuk tugasan  yang diberi.

INSTITUT   : IPG Kampus Perempuan Melayu
TUGASAN  : PROJEK

( Untuk diedarkan kepada pelajar )

Jabatan                            :    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Mata pelajaran & kod   :   Pendidikan Akidah Sekolah Rendah  & PIM 3104
Kursus / Program           :    PISMP PA Ambilan Januari 2011
Semester                          :    Dua
Tarikh  beri                       :   5 September 2011
Tarikh hantar                   :  3 Oktober 2011








Stem / Simulasi / Rangsangan
Pendidikan akidah sangat penting untuk kanak-kanak bagi menjamin pegangan dan prinsip hidup mereka. Ia berkait dengan pegangan dan kepercayaan yang terletak di hati. Justeru itu, ia memerlukan kepada cara penyampaian yang dapat menyentuh hati dan rohani pelajar agar ia meresap ke dalam hati dan jiwa yang kemudiannya dapat membentuk pandangan dan tingkahlku yang selaras dengan keimanannya kepada Allah SWT.  
Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran akidah berkesan, secara berpasangan anda dikehendaki:
1.       Memilih  dan menganalisis huraian sukatan pelajaran akidah bagi bagi mana-mana tahun pembelajaran di sekolah  rendah.
2.       Memilih satu topik  mata pelajaran akidah  tentang beriman kepada Allah.
3.       Mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk pengajaran tajuk berkenaan.
4.       Mengaplikasi strategi, kaedah, teknik yang sesuai dan menarik dalam  penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian tajuk berkenaan.
5.       Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dalam bilik darjah.
6.       Membuat refleksi terhadap tugasan yang telah dilaksanakan.
Arahan:
1.       Tugasan  dibuat secara berkumpulan  seramai dua orang
2.       Penulisan hendaklah menggunakan  font  arial  saiz 12
3.       Bahagian kulit luar projek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut :

a.       Nama Pelajar                
b.      Angka Giliran               
c.        No.Kad Pengenalan      
d.      Kumpulan / Kursus        
e.      Kod dan mata pelajaran
f.        Nama Pensyarah  
g.       Warna kulit muka         
4.       Plagiarisme adalah dilarang sama sekali.